BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 24 Oktober 2009

WASIAT UNTUK KEMENANGAN


Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku"



  • Hai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia akan mendapat laknat.

  • Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

  • Hai Ali, seunggughnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; :Rabighfirli fainahu layaghfirul-zunuba illa Anta; (Tuhanku ampuni aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman, "Hai malaikatku, jadilah saksi bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku telah mengampunkan dia."

  • Hai Ali, takutilah engkau daripada berusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan meka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta), dan bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai siddiq (benar) itu berkat dan kazzab itu celaka.

  • Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan keatasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

  • Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat dan janganlah dijadikan Alllah permainan sumpah engkau, sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya.

  • Hai Ali, janganlan engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah SWT mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

  • Hai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pasa awalnya jahil dan pada akhirnya membawa penyesalan.

  • Hai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah. Manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan dicelah gigi tidak dicolek selepas makan.

  • Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah menganai kekuasaan Allah keatas hambaNya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

  • Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau merperolehi peruntukkan daripada Allah.

  • Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

  • Hai Ali, perbaikilah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya. nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. " Hai Ali, peliharalah pesananku(wasiat). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan.

InsyaAllah.....................

Rabu, 21 Oktober 2009


SEBUTIR AIRMATA JATUH KERANA KEINSAFAN,
SERIBU KALI LEBIH BAIK DARI SEJUTA MUTIARA DI LAUTAN, SESAAT BERSEDIH KERANA REDHA TUHAN ADALAH LEBIH MULIA DARIPADA SEHARIAN BERSEDIH KERANA CINTAKAN MANUSIA, SEJERNIH WAJAH KERANA AMALAN YANG SEMPURNA ADALAH BERCAHAYA DARI KILAUAN SEGUNUNG PERMATA.......
SESUCI HATI ERANA CINTAKAN PADA YANG ESA....
ITULAH HAKIKAT.......

SEBUAH PERCINTAAN....

Selasa, 18 Ogos 2009


أهلا و سهلا يا رمضان

Ahad, 16 Ogos 2009

نفسى


هذه أسرتى

اسم فى الكامل باللاتينية نورهازيلة بنت جهيا. ولد 5 يناير 1988 فى مستشفى سلطنة أمينة جوهر. عمرى الأن حول العشرين وما زلت أعزبا. اسكن فى ولاية جوهور. اسم أبى جهيا بن موسيف و اسم أمى حسمة بنت حج عبد الغانى. مهنة الأبى 63 و مهنة أمى 65 وأنهم هرم. عندى أخ ا 3 أخوات. وانا رقم الرابع.اسم أخت أول حيانى بنت جهيا و عمره الأن 38، وأخت ثانى اسمه حياتى بنت جهيا وعمره 3عندى أخ، اسمه محمد فيزال بن جهيا وعمره 30. وأخيرا عندى أخت، اسمه نورأميزا بنت جهيا وعمره الأن 19.الأول التربية فى الروضة الأطفال، ثم التحقى دروس فى المدرسة الإبتدائية ما دام ستة السنة. ثم درست فى المدرسة العالية الدينية فى بندر تغكارا 5 سنة و وصلت فى معهد جوهور ليأخذ الشهادة العالية الدينية بمالزيا سنة. ثم بعده وصلت إلى الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلانجور. الأن أنا فى فطرة الثانى خصوصا البكالوربوس اللغة العربية كاللغة الثانية.